SKK 2024 : Bantuan Tambahan RM1000 diberikan percuma kepada penerima sedia ada STR pada tahun ini yang berkelayakan. Untuk makluman, inisiatif khas ini diperkenalkan adalah bagi memberi manfaat kepada rakyat Malaysia.
SKK 2024 : BANTUAN TAMBAHAN RM1000
Tahukah anda, sekiranya anda merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah, secara automatik berkelayakan untuk dapatkan insentif tambahan RM1000 jika berlaku kematian. Ramai yang terlepas pandang dan tidak tahu bahawa waris boleh dapatkan bantuan dibawah Skim Khairat Kematian (SKK) pada tahun ini.
SKK ini adalah insentif dibawah program Sumbangan Tunai Rahmah dalam Belanjawan MADANI. Atas keprihatinan kerajaan, inisiatif tambahan ini telah diperkenalkan.
Untuk makluman, bantuan SKK ini dikendalikan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dengan kerjasama Bank Simpanan Nasional (BSN). Maklumat ini perlu diketahui oleh semua penerima STR kerana dengan adanya insentif ini dapat membantu memudahkan urusan jika berlaku kematian kepada penerima STR.
KELAYAKAN BANTUAN TAMBAHAN
Berikut adalah syarat-syarat asas kelayakan yang telah ditetapkan bagi mendapatkan insentif SKK RM1,000 one-off ini seperti dibawah :
- Warganegara Malaysia
- Penerima STR bagi kategori isi rumah, warga emas bujang (tiada pasangan)
- Meninggal dunia pada tahun 2023/ 2024
- Bantuan SKK boleh dituntut waris yang didaftarkan oleh pemohon atau pasangan yang telah meninggal dunia
- Pasangan yang (Bukan) warganegara Malaysia tidak layak dapatkan SKK ini
- Pewaris yang didaftarkan dalam borang permohonan STR sahaja.
CARA MEMOHON BANTUAN TAMBAHAN SKK
Kepada yang berkelayakan (Meninggal dunia), waris boleh membuat tuntutan SKK bernilai RM1000 sevara one-off ini. Panduan lengkap telah disediakan, sila layari laman rasmi – SKK STR
Bagi memudahkan urusan semakan, waris perlu sediakan dokumen penting berikut :
- Salinan/ asal sijil kematian yang dikeluarkan oleh JPN
- Salinan/ asal kad pengenalan atau sijil lahir waris
- Dokumen sebagai bukti pertalian darah antara waris dan si mati.
TARIKH TUNTUTAN BANTUAN SKK 2024
Kepada penerima STR yang telah meninggal dunia dalam tempoh 1 Januari 2023 hingga 31 Disember 2023, tuntutan masih boleh dilakukan. Tarikh tuntut dilanjutkan sehingga 31 Januari 2024.
MAKLUMAT LANJUT
Terdapat lebih banyak jenis kemudahan dan insentif berbentuk bantuan telah ditawarkan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk info lengkap maklumat.
The post SKK 2024 : Bantuan Tambahan RM1000 Untuk Penerima STR appeared first on Carianterbaru.