SKK : Bantuan Tambahan RM1000 boleh dituntut oleh penerima sedia ada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada tahun ini. Untuk sedia maklum, inisiatif khas ini telah diperkenalkan oleh kerajaan bagi membantu meringankan beban rakyat Malaysia.
SKK : BANTUAN TAMBAHAN RM1000
Bagi pengetahuan umum, sebenarnya terdapat satu insentif tambahan berjumlah RM1000 boleh didapatkan oleh penerima STR. Skim Khairat Kematian (SKK) ini disediakan untuk pewaris penerima bantuan tunai STR.
Pihak kerajaan dengan kerjasama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Bank Simpanan Nasional (BSN) akan mengendalikan sepenuhnya insentif khas ini. Skim amal kematian atau bantuan pengurusan kematian ini sangat memberi manfaat kepada penerima STR bagi memudahkan urusan.
KELAYAKAN TUNTUT BANTUAN TAMBAHAN SKK RM1000
Syarat kelayakan asas mereka yang boleh tuntut insentif istimewa ini adlaah waris kepada penerima STR tahun 2023/ 2024. Menerusi kenyataan pihak LHDN, pewaris layak dapatkan bantuan RM1000 ini dengan syarat penerima STR telah meninggal dunia antara tarikh 1 Januari hinga 31 Disember 2023.
Individu (Waris) yang berkelayakan untuk membuat tuntutan skim khairat kematian ini adalah seperti dibawah :
- Pasangan (Suami atau isteri)
- Ibu atau bapa
- anak-anak
- adik beradik
- cucu kepada arwah
- Tiada sebarang kelayakan had umur pewaris.
Nota : Kepada waris yang berumur 17 tahun dan kebawah, jika ingin membuat tuntutan perlu sertakan dokumen pengenalan diri dan surat perhubungan. Sila hadirkan diri untuk pengesahan cap jari atau tandatangan dimana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan anda.
SEMAKAN STATUS & KEMASKINI MAKLUMAT BANTUAN STR
Bermula hari ini, anda boleh membuat semakan status dan kemaskini maklumat terkini Sumbangan Tunai Rahmah bagi mendapatkan jumlah bayaran yang sesuai pada tahun 2024. Untuk semakan kemaskini maklumat dan permohonan baharu, sila layari laman rasmi STR – DI SINI
MAKLUMAT LANJUT
Pihak kerajaan perpaduan telah menawarkan lebih banyak jenis kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk memohon – SEMAK DISINI untuk rujukan info maklumat lengkap.
The post SKK : Bantuan Tambahan RM1000 Untuk Penerima STR appeared first on Carianterbaru.