STR 2024 : Senarai Penerima bantuan tunai fasa 1 telah diumumkan oleh pihak kerajaan yang akan dikreditkan tidak lama lagi. Seperti sedia maklum, pemberian inisiatif berbentuk bantuan kewangan (STR) ini diteruskan bagi sesi tahun 2024.
STR 2024 : SENARAI PENERIMA BAYARAN FASA 1
Program bantuan khas Sumbangan Tunai Rahmah atau lebih dikenali sebagai STR adalah merupakan insentif bantuan kewangan yang melibatkan peruntukan yang besar. Golongan yang terlibat dalam pemberian istimewa ini terdiri daripada B40, M40 dan miskin.
Bagi pembayaran fasa pertama mereka yang akan terlibat menerima bantuan adalah semua kategori utama iaitu bujang, warga emas serta isi rumah. Pihak kerajaan juga bersetuju untuk menyalurkan bayaran fasa 1 pada bulan Februari sebelum menyambut ramadan.
KADAR BAYARAN STR 2024 (FASA 1) SENARAI KATEGORI
Bayaran yang akan diberikan pada bulan hadapan nanti adalah berbeza mengikut kategori kelayakan dan bilangan tanggungan anak. Bagi kategori is rumah pendapatan RM2,500 (B40) akan menerima bayaran berjumlah RM500.
Untuk kategori isi rumah pendapatan RM5,000 (M40) pula akan menerima bayaran dari RM100 sehingga RM300, jumlah bergantung kepada bilangan anak. Kategori warga emas menerima RM150 dan belia bujang RM100.
Diatas adalah kadar jumlah bayaran bagi fasa pertama sahaja, baki jumlah akan dikreditkan pada fasa berikutnya sehingga hujung tahun ini. Dijangkakan bantuan STR fasa 1 akan mula disalurkan berperingkat pada pertengahan atau penghujung bulan Februari nanti.
KEMASKINI MAKLUMAT & SEMAKAN STATUS STR 2024
Bagi mendapatkan jumlah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah yang sepatutnya dan bersesuaian pada tahun ini, anda disarankan kemaskini maklumat terkini. Untuk semak status dan pengemaskinian maklumat terkini, anda boleh lakukan secara online di laman rasmi – MySTR 2024
Kepada bukan penerima STR tahun lalu, pendaftaran permohonan telah dibuka bermula November 2023. Mereka juga boleh kemukakan permohonan di laman rasmi diatas.
MAKLUMAT LANJUT
Selain STR, terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan yang telah diperkenalkan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan.
The post STR 2024 : Senarai Penerima Bantuan Tunai Fasa 1 Diumum appeared first on Carianterbaru.