WTD : Cara Semak & Dapatkan kembali Wang tidak dituntut oleh individu telah disediakan pada ruangan halaman kali ini. Pelbagai kemudahan dan insentif bantuan telah diperkenalkan pada tahun ini bagi memberi manfaat kepada rakyat Malaysia.
WTD : CARA SEMAK & DAPATKAN WANG TIDAK DITUNTUT
Bagi mereka yang terlepas pandang atau tidak tahu, WTD adalah merupakan singkatan kepada Wang Tidak Dituntut. WTD adalah duit yang perlu dibayar di sisi undang-undang kepada empunya tetapi tidak dibayar dalam tempoh masa yang ditetapkan tidak kurang dari 1 tahun.
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telah menyediakan sebuah portal yang dikenali sebagai eGumis. Portal laman tersebut diwujudkan adalah bagi peluang kepada orang awam membuat semakan, serahan dan tuntutan WTD.
Menurut sumber Kementerian Kewangan, setakat 31 Disember 2023, jumlah yang terkumpul bagi WTD adalah berjumlah sekitar RM11.7 bilion. Berdasarkan rekod 6 bulan sebelumnya adalah sekitar RM11.3 bilion dan ianya amaun tersebut meningkat dalam tempoh setengah tahun.
SEMAK SUMBER & PUNCA WTD YANG BOLEH DITUNTUT
Untuk makluman, wang tidak dituntut ini boleh datang dari pelbagai sumber, antara WTD yang boleh dituntut adalah seperti :
- Dividen
- Gaji, upahan, komisyen, bonus dan wang yang perlu bayar kepada kakitangan
- Tuntutan insurans yang telah diluluskan untuk pembayaran
- Keuntungan bersama yang diisytiharkan untuk dibahagikan
- Simpanan tetap dan telah matang – tanpa arahan pembaharuan automatik
- Cashier’s order, draf bank dan dokumen lain yang mempunyai fungsi sama dimana tempoh sah laku telah luput
- Cagaran atau deposit apabila tujuan wang dikutip telah dicapai
- Pemiutang pelbagai atau penghutang pelbagai berbaki kredit.
PANDUAN CARA SEMAK & DAPATKAN WTD
Pihak kerajaan melalui JANM telah menyediakan kemudahan kepada orang ramai bagi membuat semakan dan tuntutan WTD jika mempunyainya. Panduan lengkap telah disediakan seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi eGUMIS – https://egumis.anm.gov.my/
- Kalian perlu membuat pendaftaran pengguna
- Kemudian log masuk laman menggunakan kata laluan yang telah didaftarkan
- Seteruskan sila kemaskini maklumat pengguna
- Tekan butang ‘Klik disini untuk carian Wang Tidak Dituntut’
- Semakan boleh dilakukan menggunakan nombor kad pengenalan diri atau nombor pendaftaran syarikat
- Tekan ‘cetak’ jika perlu untuk sebagai rujukan.
Jika hasil semakan mendapati anda mempunyai WTD, tuntutan boleh dilakukan dan wang akan dikreditkan kepada anda. Untuk butiran lengkap berkenaan Wang Tidak Dituntut, sila ke laman utama eGumis yang disediakan diatas.
MAKLUMAT LANJUT
Terdapat lebih banyak jenis kemudahan dan juga inisiatif berbentuk bantuan telah ditawarkan oleh kerajaan perpaduan khusus untuk meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan.
The post WTD : Cara Semak & Dapatkan Wang Tidak Dituntut appeared first on Carianterbaru.